hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki intai, rakam wanita dalam tandas Mayang Mall diburu
KUALA TERENGGANU: Mayang Mall dalam satu kenyataan semalam mengesahkan berlaku insiden pada Jumaat membabitkan seorang lelaki yang disyaki mengintai dan merakam di tandas wanita kompleks berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pihak kompleks telah membuat laporan kepada Polis Terengganu sejurus menerima aduan mangsa.
Pihak pengurusan kompleks kini sedang bekerjasama pihak polis bagi membantu siasatan dan mengesan individu terlibat. Kenyataan itu turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
Terdahulu, tular rakaman seorang wanita sedang mengejar seorang lelaki yang disyaki sedang mengintai dan merakam dalam tandas wanita di kompleks berkenaan.
Lelaki yang memakai baju T bewarna putih berlabel ‘aku kuat, aku ultramen’ di belakangnya, dilihat meluru keluar dari tandas wanita secara tergesa-gesa dan terus menuruni eskalator ketika dikejar wanita terbabit.
Orang awam dinasihati agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.
TV: natang ni orang nok birok pun dok senang!!