hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,512
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,512
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis cari lelaki didakwa sepak anak di kedai makan
KOTA BHARU: Polis giat mengesan seorang lelaki dalam rakaman tular yang dilihat bertindak kasar menyepak kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung video tular di media sosial jam 10.24 malam tadi.
"Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Azmir berkata, polis masih berusaha mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman video tular berkenaan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan.
Artikel