BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis buru sekumpulan lelaki bertopeng samun kedai makan guna parang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


14093989412221301-337771.jpg

14093989412221301-337772.jpg


Polis buru sekumpulan lelaki bertopeng samun kedai makan guna parang

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki bertopeng kini diburu polis dipercayai terlibat kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Sungai Jarom, Kuala Langat, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 48 tahun sekitar 7 malam.

Katanya, pengadu merupakan peniaga kedai makan itu mendakwa didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dan bertindak menyamun mangsa.

“Dalam kejadian itu, tiga suspek menutup muka dengan bertopeng memasuki kedai terbabit sebelum bertindak melarikan beberapa barang kemas milik pengadu.

“Kesemua suspek itu masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta jenis Perodua Bezza atau Proton Saga dengan warna dan no pendaftaran tidak pasti.

“Dalam kejadian itu, suspek telah mengambil seutas rantai leher emas milik suami pengadu serta dua utas rantai emas dan dua bentuk cincin emas milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu dan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Susulan itu, Akmalrizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular rakaman kamera litar tertutup memaparkan kejadian itu, dipercayai berlaku di sebuah kedai makan.

Artikel ➡️ MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register