hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis buru lelaki pandu melulu, larikan diri daripada ditahan di KSAB
ISKANDAR PUTERI: Polis memburu pemandu kereta yang pandu melulu dan melarikan diri daripada ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, pihaknya menerima laporan jam 2.40 petang daripada polis bantuan kompleks berkenaan.
Siasatan awal mendapati kereta bernombor pendaftaran Malaysia telah memasuki laluan kenderaan berat di pintu ‘Gate C’ bagi laluan masuk dari Malaysia ke Singapura.
“Petugas telah mengarahkan pemandu supaya membuat pusingan U ke laluan kenderaan ringan, namun arahan itu tidak dipatuhi.
“Sebaliknya, suspek memecut laju sehingga melanggar palang pos pemeriksaan Jabatan Imigresen serta empat kon keselamatan di laluan berkenaan sebelum menuju ke arah pintu keluar ke Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, satu video tular berdurasi 33 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook ‘Malaysia – Singapore Border Crossers (MSBC)’ memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya di kawasan pemeriksaan sempadan itu tular di media sosial.
Artikel : Buletin Tv3