BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki tunjuk kemaluan pada kanak-kanak ditahan polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201


Lelaki tunjuk kemaluan pada kanak-kanak ditahan polis


JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya mengesan satu video tular dimuat naik di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan bersama dua kanak-kanak.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa dan melibatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 10 tahun.


“Suspek bertanyakan mengenai tandas sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Unit D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di kawasan Masai kira-kira jam 11 malam hari sama.

“Polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan. Suspek kini ditahan dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini,” katanya.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak.

Artikel : Sinar Harian
 
14205104017828109-388323.jpg



Padah ganggu budak tunjuk ‘aset’, bapa anak satu didenda RM7,000




Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda selain pengawasan polis selama setahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa berusia 12 tahun di sebuah kawasan sekolah di Tampoi pada pukul 1.30 tengah hari, 1 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dan adik saudaranya yang sedang berjalan didatangi suspek yang menaiki kereta dan memanggil mereka dengan alasan untuk bertanyakan sesuatu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira kepentingan awam dan kesejahteraan mangsa.

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman ringan dengan alasan dia kehilangan kerja sejak hujung tahun lalu selain menanggung keluarga. Tertuduh juga sudah menyesal selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.-KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register