BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Akibat tayar van kempes, lelaki tampar kanak-kanak di Asajaya – polis buka kertas siasatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201
14187250751407333-381096.jpg

14187250751407333-381097.jpg

14187250751407333-381098.jpg

14187250751407333-381099.jpg


Akibat tayar van kempes, lelaki tampar kanak-kanak di Asajaya – polis buka kertas siasatan

KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki tempatan disiasat selepas didakwa menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam kejadian di Kampung Asajaya Ulu, dekat sini, pada Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Polis (DSP) Barry William berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 10.27 malam daripada seorang pengadu berusia 47 tahun.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Barry berkata, susulan kejadian tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang dipercayai suspek turut tampil membuat laporan polis berhubung insiden yang sama.

"Siasatan awal mendapati suspek mendakwa tindakannya berpunca daripada tuduhan bahawa mangsa telah memancitkan tayar van miliknya," ujarnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Menurut beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk arahan lanjut setelah laporan perubatan mangsa diperoleh.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes ini, bagi mengelak gangguan terhadap siasatan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, dan menyeru semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan," katanya.

Kredit➡️ Sarawak Viral
 
381931-381931.jpg


Budak 11 tahun kena tampar sebab suka2 pancitkan kereta orang. Korang rasa patut ke dia kena mcm ni?

Ringkasan maklumat dari si pelaku & netizen:
1. Budak ni sebelumnya ditegur sbb main baling mercun kat bwh kereta org tgh terawih kat masjid
3. Netizen seluruh sarawak berbagi pendapat. Ada yg sokong pelaku, ada yg sokong budak ni (alasannya dia budak lagi belum matang)
 
Back
Top
Log in Register