BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemandu Axia 'naik hantu' baling kon, polis buka kertas siasatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


[KEMASKINI]: Pemandu Axia 'naik hantu' baling kon, polis buka kertas siasatan

Subang Jaya, Selangor: Polis sedang mengesan pemilik kereta yang terbabit dalam kejadian baling kon dan mengeluarkan perkataan mengaibkan di Plaza Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima satu laporan berkaitan video tular di media sosial yang memaparkan insiden membaling kon lalu-lintas di Plaza Tol LDP.

Menurutnya, laporan dibuat seorang anggota polis pada jam 1.37 pagi ini selepas mengesan satu video di Facebook (FB) bertajuk; 'Pemandu Axia naik hantu baling kon di Plaza Tol Petaling Jaya LDP.'

"Video terbabit memaparkan seorang lelaki yang menaiki sebuah Perodua Axia warna merah dipercayai memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dan bertindak membaling kon ke arah sebuah kenderaan lain ketika keadaan trafik sesak di plaza tol berkenaan.

"Semakan awal mendapati video itu mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Setakat ini, pemilik kenderaan yang terbabit masih belum tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis meminta pemilik kenderaan yang terbabit supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

"Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis sedang mengesan pemilik kenderaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu," katanya.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Mohammad Faiz Naufal Zakaria di talian 019-485 8907 atau balai polis berhampiran," katanya.

Harian Metro

Sumber : Harian Metro
 
Baru lepas lawat kuil Seafield ke apa ni??
 
video tak penuh tu, taktau apa yg jadi sebelum tu
nampak mcm owner dashcam potong q
awal video tengok camera belakang, axia merah sebaris je dgn van
 
Back
Top
Log in Register