hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
VIDEO PENUNGGANG MOTOSIKAL BALING BATU KE ARAH KERETA TULAR, POLIS ISKANDAR PUTERI BUKA KERTAS SIASATAN
03 Dis 2025.
ISKANDAR PUTERI, 03 Dis — Satu video berdurasi 24 saat yang tular di laman Facebook memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal membaling batu ke arah sebuah kereta, mendapat perhatian pihak polis.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Polis, Kumarasan Muniandy, mengesahkan bahawa laporan berhubung kejadian tersebut telah diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun.
Menurut laporan, kejadian berlaku pada 1 Disember 2025 sekitar jam 8.20 pagi ketika pengadu sedang memandu kereta di Lebuhraya Second Link, arah Tol Perling menuju ke Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
Pengadu memaklumkan bahawa beliau telah membunyikan hon terhadap sebuah motosikal Yamaha XMax berwarna merah dengan nombor pendaftaran FBL 4793 G yang tiba-tiba menukar haluan secara mengejut.
Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan mengejar kenderaan pengadu sebelum bertindak membaling batu ke arah bahagian belakang kereta, sehingga mengakibatkan cermin belakang pecah.
Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Bukit Indah.
Berikutan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Jika disabitkan, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda antara RM5,000 hingga RM15,000. Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, hukuman boleh mencecah penjara 10 tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM20,000.
Pihak Polis Daerah Iskandar Puteri meminta orang awam yang mempunyai maklumat tambahan berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau Hotline 07-5114486.