BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201


Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak

Sinar Harian
18:29 MYT

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden tersebut turut tular di satu platform media sosial dan pihaknya mengesan rakaman berkenaan pada jam 12.12 tengah hari, Jumaat.

"Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis jam 7.35 pagi melibatkan seorang pejalan kaki dengan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes Benz.
"Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan yang bekerja di kedai buku dalam perjalanan dari Taman Cemerlang menuju ke Taman Mount Austin.

"Ketika melalui kawasan terbabit, secara tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berlari secara meluru ke arah kereta berkenaan. Pejalan kaki itu juga masih belum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Raub, kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59 iaitu kecuaian pejalan kaki melintas jalan.

Katanya, polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan.


Artikel : Astro Awani
 
Back
Top
Log in Register