BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Aksi berani mati! Lelaki main mercun atas kereta bergerak kini diburu polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Aksi berani mati! Lelaki main mercun atas kereta bergerak kini diburu polis


SHAH ALAM - Aksi berbahaya seorang lelaki dipercayai bermain mercun dari dalam sebuah kereta yang sedang bergerak mengundang padah selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu kira-kira jam 12.48 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku di kawasan Elmina Rainforest, Persiaran Ficus, Seksyen U15, di sini.

"Rakaman video berdurasi 50 saat yang tular menunjukkan seorang lelaki bertindak berdiri melalui bumbung suria (sunroof) sebuah kereta yang sedang bergerak sebelum melepaskan beberapa das mercun ke udara.

"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan kenderaan tersebut dipandu individu lain,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan suspek itu bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2007.

"Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan.


Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak bermain mercun secara berbahaya dengan berdiri melalui bumbung suria sebuah kenderaan yang sedang bergerak di sekitar Bukit Jelutong, di sini.

Artikel : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register