BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Padah bakar mercun atas jalan, lelaki dicekup polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Padah bakar mercun atas jalan, lelaki dicekup polis

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki membakar mercun secara cuai di atas jalan raya akhirnya membawa padah apabila dia diberkas polis selepas video perbuatannya tular di media sosial.


Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di kawasan Seri Alam pada 18 Mac lalu kira-kira jam 11 malam.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun pada 21 Mac kira-kira jam 11 malam di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

“Semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai melibatkan bahan letupan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan teliti dan adil,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register