hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,491
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,491
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis kesan individu bakar mercun ketika perarakan kematian di Shah Alam
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan suspek yang disyaki terbabit dalam kes bakar mercun di atas Jalan Persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14 seperti mana tular di media sosial, baru-baru ini.
"Siasatan mendapati, video itu memaparkan sekumpulan lelaki disyaki membakar mercun di atas Jalan Persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14.
"Kejadian disyaki berlaku jam 4.22 petang semalam ketika perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden Setia Alam.
"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terbabit dalam aktiviti membakar mercun ini dan saksi yang berada di tempat kejadian" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika didapati bersalah
boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.
"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076," katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 35 saat memaparkan kejadian itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu ketenteraman awam.
Artikel Berita Harian