BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis siasat insiden pergaduhan sekumpulan lelaki dan wanita di Seremban

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201


Polis siasat insiden pergaduhan tular, suspek sudah dikenal pasti

Seremban: Salah faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki yang dirakam di hadapan rumah kedai sebelum ia tular di media sosial.

Dalam video berdurasi empat minit 34 saat itu pada mulanya memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita bertengkar, sebelum salah seorang lelaki dan wanita cuba beredar menggunakan kereta.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang tidak berbaju bertindak memecahkan cermin hadapan dan bahagian kanan dipercayai menggunakan kayu menyebabkan pemilik kenderaan berang.

Pemiliknya keluar dari kereta dan menyerang dua lelaki dengan menggunakan topi keledar dan menumbuk mangsa sebelum salah seorang dilihat tidak berdaya untuk bangun.

Seorang lagi lelaki turut dirakam memukul mangsa menggunakan topi keledar dan dalam masa sama beberapa individu turut cuba meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah cafe di Kemayan Square, di sini, pada jam 3 pagi Jumaat lalu.

"Seorang wanita warga tempatan membuat laporan polis kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. Pengadu mengatakan teman lelakinya dipukul menggunakan topi keledar.

"Mangsa dikatakan dipukul dua lelaki yang dikenali. Mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dan hidung kemudiannya dibawa ke hospital swasta di Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azahar berkata, suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.

"Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register