BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penunggang motosikal dipukul tegur lelaki pandu melulu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


14203227057369309-387559.jpg


Penunggang motosikal dipukul tegur lelaki pandu melulu


Kulai: Penunggang motosikal cedera akibat dipukul lelaki yang memandu kereta secara melulu di kawasan bulatan lebuh Putra Utama Bandar Putra di sini, kelmarin.

berusia 37 tahun mengalami kecederaan ringan akibat dipukul pemandu sebuah kereta yang memandu secara melulu di
kawasan bulatan lebuh Putra Utama Bandar Putra di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 5.45 petang pada 3 April lalu.

Katanya, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura.

Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu suspek mengubah laluan secara tiba-tiba dan nyaris merempuh kenderaan mangsa.

"Mangsa mengetuk cermin tingkap kenderaan suspek menyebabkan lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan memberhentikan kenderaannya secara mengejut di tengah bulatan Lebuh Putra Utama di hadapan motosikal mangsa sehingga memaksanya berhenti secara mendadak.

"Seorang lelaki yang juga pemandu kenderaan itu kemudian turun dan terus menendang motosikal mangsa menyebabkannya terbalik.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu dan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

"Bertindak atas maklumat, pada jam 11.30 malam semalam, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan lelaki yang terbabit dalam kejadian itu di kediamannya di Senai.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline di talian 07-6632222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Teo Feng Shun di talian 017-7759106," katanya.


Sumber : Harian Metro
 
Melayang RM2,000 angkara tumbuk penunggang motosikal




Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sehingga dua bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS yang merupakan seorang pemandu grab didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang penunggang motosikal berusia 37 tahun dengan cara menumbuk di bahagian badan di lokasi tersebut pada pukul 5.45 petang, 3 April lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 1 tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, berlaku kejadian himpit menghimpit antara kereta Perodua Alza dipandu OKS dan motosikal ditunggang mangsa, sebelum OKS bertindak keluar kereta dan menendang motosikal mangsa sehingga jatuh.

OKS kemudian turut menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian perut sehingga mengakibatkan ‘soft tissue injury’ terhadap mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Weng Hong manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Seay Sean.-KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

14205042497521421-388284.jpg
 
Back
Top
Log in Register