hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,514
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,514
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Video tular lelaki bertopeng, polis sahkan tiada unsur jenayah
Subang Jaya: Polis mengesahkan insiden membabitkan seorang lelaki bertopeng yang tular di media sosial baru-baru ini tidak mempunyai unsur jenayah atau ancaman terhadap keselamatan awam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, video berkenaan sudah dipadamkan daripada media sosial, namun siasatan tetap dijalankan sejurus ia tular bagi mengenal pasti individu terbabit.
"Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku di kawasan kampung sekitar Subang Jaya dan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
"Polis memastikan ketenteraman awam tidak terjejas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial mendakwa seorang lelaki dewasa bertopeng dan bersenjatakan parang serta pisau mengejar beberapa kanak-kanak di kawasan perumahan sekitar Kampung Sri Langkas Tambahan dan Kampung Sri Andalas Puchong.
Bagaimanapun, individu yang menularkan kejadian itu, kemudian menjelaskan dia sendiri keluar membuat rondaan sebelum menahan lelaki terbabit dan mendapati individu terbabit tidak memiliki sebarang senjata serta hanya berniat memberikan gula-gula.
Suharmin Yusuf