BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Anak tertinggal, video tular: Polis sahkan terima laporan ibu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Anak tertinggal, video tular: Polis sahkan terima laporan ibu

Serdang: Polis mengesahkan menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 37 tahun berhubung klip video tular berdurasi satu minit sembilan saat membabitkan dirinya dan anak.


Menurutnya, kejadian disahkan berlaku pada 20 Ogos lalu, jam 12 tengah hari semasa pengadu mengambil anak kembarnya daripada sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan.

"Pengadu yang menaiki sebuah kereta hanya menyedari ketiadaan seorang anaknya semasa membuat pusingan U di hadapan sekolah berkenaan.

"Sejurus menyedari ketiadaan anaknya, pengadu terus memberhentikan kenderaan selepas melihat anaknya mengejar daripada belakang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Sumber : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register