hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Tular anak tarik tudung ibu, pegang senjata tajam depan pejabat zakat
SUNGAI PETANI - Video tular memaparkan tindakan seorang lelaki didakwa mengugut wanita menggunakan objek dipercayai senjata tajam di hadapan pejabat zakat di sini, dikatakan sudah berada dalam pengetahuan pihak berkuasa.
Menurutnya, urusan membabitkan kedua-dua individu berkenaan di pejabatnya sebelum itu berlansung dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan berharap perkara yang didakwa berlaku hanya sekadar salah faham.
"Lelaki berusia 30-an itu sebenarnya anak tunggal kepada wanita berusia 50-an yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) mental.
"Kehadiran kedua-dua beranak ke pejabat zakat hari ini bertujuan menghantar sebut harga bagi kerja-kerja membaiki rumah mereka di Kampung Segantang Garam, Merbok yang akan kami mulakan tidak lama lagi," jelasnya.
Menerusi video tular yang dimuat naik pengguna media sosial, lelaki terbabit didakwa memegang sesuatu dipercayai objek tajam sebelum mengarahkan ibunya membonceng motosikal dengan segera.
Lelaki itu juga dilihat seakan-akan menarik tudung, menyebabkan wanita tersebut akur dengan arahannya.
"Selain bantuan baik pulih, pemantauan juga akan dilakukan dari masa ke semasa selain meminta penolong amil di kawasan berkenaan menasihati dan memantau bagi memastikan keluarga ini sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya.
Artikel Sinar Harian