BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bendahari Surau Nurul Hidayah diserang orang kurang siuman dengan senjata tajam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14122948412008613-352227.jpg

14122948412008613-352228.jpg

14122948412008613-352229.jpg

14122948412008613-352230.jpg



Seorang lelaki merupakan Bendahari Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting cedera akibat diserang menggunakan senjata tajam di perkarangan surau tersebut.

Menurut sumber awam, saspek merupakan orang kurang siuman telah ditahan polis.

Sumber ➡️ Media sosial
 
14126835291664029-354075.jpg






'Saya nak pergi hospital sakit jiwa' - Tertuduh kes tetak siak

Taiping: "Saya nak pergi hospital sakit jiwa." Demikian kata seorang lelaki sewaktu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan menetak siak surau menggunakan parang di Kamunting, 10 Disember lalu.



Ia kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun denda atau sebat.


Nur Syuhada menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa selain melapor diri ke balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai.

Ketika mitigasi, Puteri Hikmatul memaklumkan bahawa tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan RM50 sehari dan sudah bercerai, selain turut difahamkan tertuduh sudah tiga kali dirujuk ke hospital psikiatri.

"Dia (tertuduh) mohon dirujuk ke hospital sementara menunggu tarikh (sebutan) akan datang," katanya.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa surat rawatan psikiatri tertuduh tidak disertakan dalam kertas siasatan pihak polis.

Puteri Hikmatul justeru memohon jumlah jaminan diturunkan kepada RM2,000, namun Nur Syuhada memohon jumlah yang setimpal kerana mengambil kira kes tetak itu mendapat publisiti meluas dalam kalangan orang awam.


Mahkamah turut menetapkan 29 Januari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.
 
Back
Top
Log in Register