BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bekas pemain hoki remaja negara kini kurang siuman

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
6118263411340069465_120.jpg



Bekas pemain hoki remaja negara kini kurang siuman

Kuala Lumpur: Tular beberapa rakaman video di laman sosial TikTok yang memperlihatkan seorang lelaki merayau dan meracau dengan berkaki ayam persis orang kurang siuman.

Menjengah ke ruangan komen, lelaki berkenaan dikhabarkan bekas pemain hoki remaja negara yang pernah beraksi sehingga ke Jerman, India dan Pakistan.


Mengesahkan perkara itu adalah rakan sepasukannya yang bersama-sama berjuang bersama Asmawi sehingga ke Jerman untuk beraksi bersama pasukan Malaysia bawah 16 tahun.

"Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (Sukma) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini di kenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI).

"Sayu hati melihat, Mawi (Asmawi) begitu. Dia dulu seorang yang ceria dan seorang pemain hoki berkaliber.

"Pernah juga menyarung jersi negara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009.

"Tak sangka dia jadi begitu. Saya berkawan dengan dia sejak kecil. Mungkin kerana tekanan menjadi punca dia hilang arah.

"Jika ada sesiapa yang berdekatan dan mengenali dia, tolonglah bantu dia. Mungkin pihak berwajib boleh menghulurkan bantuan untuk pulihkan kembali Asmawi," katanya.

Asmawi yang berusia 36 tahun, meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun.

"Saya dimaklumkan ini kali kedua dia menjadi begitu. Lima tahun lalu kalau tak salah saya, dia dah sihat sebab ada yang bawa dia ke hospital untuk menerima rawatan.

"Tak sangka hari ini dia kembali sakit. Saya harap sangat ada orang bantu dia kembali pulih," katanya.
 
Back
Top
Log in Register