BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Budak remaja lelaki campak bata dari tingkat atas PPR

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14206938049424893-389036.jpg

14206938049424893-389037.jpg


Kes berlalu semalam di PPR Sri Malaysia, Desa Petaling, Kuala Lumpur. Seorang remaja membaling bata ke bawah, serpihan bata terkena isteri owner kedai runcit di bawah blok dan cedera ringan. Mujurlah waktu itu tiada orang lain melalui kawasan tersebut.

Menurut info pelaku telah ditahan polis untuk siasatan.

Video kredit: Owner CCTV
 


Video tular: Remaja lelaki campak bata dari tingkat atas PPR

Wartawan BH

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan seorang remaja membaling blok bata dari tingkat atas sebuah pangsapuri tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan klip video berdurasi 34 saat itu, seorang remaja lelaki dilihat berjalan di laluan pejalan kaki bangunan itu sebelum berhenti dan mengambil seketul bata di hadapan salah sebuah rumah.

Remaja itu yang memakai seluar hitam dan berbaju T merah kemudian meninjau keadaan sekitar sebelum mencampak bata terbabit ke aras bawah bangunan kediaman itu.

Sejurus itu, suara kedengaran seolah-olah orang bertempik dari bawah.

Berdasarkan kapsyen disertakan, kejadaian itu didakwa berlaku di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Desa Petaling.

Bata yang dibaling itu juga dikatakan mengenai seseorang menyebabkan mangsa cedera ringan, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak.

Berdasarkan klip video dipercayai ia diambil dari rakaman kamera litar tertutup, dengan tarikh tertera menunjukkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.

Meneliti ruang komen, pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, sambil menyatakan objek yang jatuh boleh membawa maut kepada sesiapa sahaja di bawah.

Pada tahun 2018, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut apabila terkena sebuah kerusi yang dibaling dari tingkat 21 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di sini.

Artikel : Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register