BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Mahu Projek Pembangunan Di Kota Kinabalu Dipantau Rapi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
af133bc5bddafc4c5a9895ad9e1eca6769b677c134d50

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kota Kinabalu di Menara Kinabalu, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk semua pihak terus memberikan tumpuan serta memantau secara rapi pelaksanaan setiap projek pembangunan yang telah diluluskan bagi daerah Kota Kinabalu.

Anwar berkata langkah itu penting kerana rakyat menaruh harapan besar terhadap projek-projek yang memberikan impak langsung kepada kehidupan seharian mereka, termasuk usaha menaik taraf jalan serta kemudahan infrastruktur.

“Pada pandangan saya, tidak seharusnya wujud sebarang alasan yang menyebabkan projek tertangguh akibat ketidakcekapan atau kerenah birokrasi kerana setiap kelewatan akhirnya akan memberikan kesan kepada mutu kehidupan rakyat, selain mengekang potensi kemajuan dan pembangunan negeri,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata kerajaan kekal fokus dalam memastikan setiap projek yang dirancang dilaksanakan dengan cekap, telus dan menepati jadual, agar manfaatnya dapat segera dirasai oleh rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Kota Kinabalu di Menara Kinabalu di sini, bagi membincangkan agenda pembangunan strategik ibu negeri Sabah itu.

Mesyuarat yang berlangsung dari 1 tengah hari hingga 2 petang itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama beberapa anggota Kabinet negeri serta pemimpin agensi berkaitan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan Sabah, dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Rubin Balang, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Mojungki serta Mayor Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa khas itu diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa program dan projek yang sedang dilaksanakan, di samping meneliti isu-isu berkaitan kesejahteraan komuniti setempat serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

 
Back
Top
Log in Register