BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Pantau Rapi Pembangunan, Utamakan Projek Berkepentingan Rakyat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f86675225afb6ebc78668fc016ee84ef69e387567edd0

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Kementerian Ekonomi akan terus memantau rapat pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kementerian itu bagi memastikan ia tidak tergelincir, khususnya projek berkepentingan rakyat yang sedang berjalan.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kementerian itu sentiasa menilai keperluan intervensi kerajaan bagi menangani implikasi krisis berkenaan menerusi Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan pada setiap minggu.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan pembangunan dapat diteruskan kerana limpahan manfaat daripada projek pembangunan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat dan negara.

“Ketika ini, sudah pasti kami kena pastikan pembangunan terus berlaku kerana limpahannya, terutamanya projek-projek pembangunan ini, kesannya bukan sehari dua.

“Kalau ada projek yang tidak dapat diteruskan, contohnya isu bekalan air, kami berbicara soal keperluan mendatang untuk bertahun-tahun,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini hari ini.

Pada masa sama, Akmal Nasrullah berkata sekiranya beban fiskal terus meningkat, kerajaan perlu mengutamakan projek-projek yang berkepentingan rakyat, terutama yang sedang berjalan.

“Jadi, sebab itu nasihat kami kepada semua pihak adalah terus mencari jalan untuk mengekalkan prestasi yang ada malah pembangunan-pembangunan yang dirancang,” katanya.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata lawatan ke KHTP hari ini turut bertujuan meneliti perkembangan terkini pembangunan Fasa 5 taman perindustrian itu yang perlu dipastikan berjalan lancar.

Beliau berkata antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek bekalan air dan tenaga bagi menyokong keperluan pembangunan industri di kawasan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register