BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembangunan Semula Dermaga P Pinang Perlu Koordinasi Rapi Pihak Berkepentingan – Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
86a5085f08fc49244b3266fc16d1713f69721e980624f

1ce0fd3b6e963aa4192604fb43a842e969721eabcf468

80615a2ecc41bcb831cfbb4b7cb33fbe69721ef813199

Kredit: FB Anthony Loke Siew Fook

Pelan pembangunan semula kawasan dermaga (waterfront) Pulau Pinang memerlukan koordinasi rapi antara pelbagai pihak berkepentingan kerana ia melibatkan aset, bangunan warisan serta pengurusan pelabuhan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata projek itu di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) melibatkan Railway Assets Corporation (RAC) selaku pemilik Wisma Kastam atau Malayan Railway Building yang telah berdiri sejak 1909, manakala kawasan dermaga dan marina pula di bawah seliaan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

“Justeru, kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri amat penting bagi memastikan pelaksanaan yang teratur dan menyeluruh,”  katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini, selepas taklimat terkini pelan pembangunan semula kawasa berkenaan di Menara Sentral RAC, Kuala Lumpur.

Menurut Loke, kerajaan negeri telah mencapai kemajuan yang baik dalam usaha mewujudkan ruang awam di sepanjang kawasan dermaga, selari dengan aspirasi pembangunan bandar berteraskan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata agensi di bawah MOT akan terus memberikan kerjasama bagi memperluas ruang awam serta menghidupkan semula bangunan warisan di kawasan sekitar supaya dapat dimanfaat oleh rakyat tempatan dan pelancong.

“Loceng Wisma Kastam akan bergema semula,” katanya, sambil menegaskan komitmen kerajaan dalam memelihara nilai sejarah dan warisan dalam agenda pembangunan negara.

Ketika lawatan ke Pulau Pinang pada 12 Jan lepas, Loke menyentuh mengenai rancangan pembangunan tersebut sebagai kawasan pesisir laut mesra orang awam yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Beliau berkata matlamatnya adalah untuk mewujudkan laluan pejalan kaki lebih satu kilometer, dengan orang ramai boleh menikmati pemandangan laut, selain kemudahan kafe dan pelancongan, sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan kapal persiaran.

 
Back
Top
Log in Register