BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Utamakan Rakyat Tempatan Dalam Pembangunan Pelancongan - Onn Hafiz

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
fd9b03a4a2d66c3a35e2847a9ca4706469b2237ac87c0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi

Kerajaan Negeri Johor memberi keutamaan kepada rakyat tempatan dalam pembangunan sektor pelancongan negeri sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh industri berkenaan secara mampan.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pendekatan itu dapat dilihat antaranya menerusi pelaksanaan kadar tiket  berbeza di Zoo Johor, dengan rakyat tempatan dikenakan bayaran RM10 berbanding RM30 bagi pelancong asing.

Beliau berkata usaha tersebut turut disokong dengan kerja menaik taraf kemudahan di beberapa lokasi riadah utama di bandar raya itu, termasuk Taman Merdeka, Taman Botani Diraja Johor dan Hutan Bandar.

Onn Hafiz berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan rakyat tempatan menjadi kumpulan pertama menikmati kemudahan pelancongan yang disediakan kerajaan negeri.

"Saya hendak bagi penekanan kepada bangsa Johor bahawa dari segi leisure, beriadah, mereka diutamakan dan akan ada banyak lagi produk yang akan dilancarkan tahun ini," katanya kepada Bernama ketika mengulas tanggapan bahawa negeri itu bergantung kepada pelancong asing, khususnya dari Singapura.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, di sini baru-baru ini.

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri tidak menafikan kepentingan pelancong asing, namun mahu memastikan wujud keseimbangan dengan memberi penekanan kepada pelancong domestik yang secara tidak langsung membantu mempromosikan produk pelancongan Johor.

“Kita yakin apabila rakyat sendiri bangga dengan produk pelancongan kita, mereka akan menjadi third party validator untuk menguar-uarkan perkara baik tentang negeri ini," katanya.

 
Back
Top
Log in Register