kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,719
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail hari ini.
Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1 bilion setakat 30 April lepas, meningkat RM307 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri dalam perkara ini komited memastikan setiap peningkatan hasil dipulangkan semula kepada rakyat melalui inisiatif berimpak tinggi.
Beliau berkata untuk itu, beberapa inisiatif akan terus dilaksanakan termasuk pemberian Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dengan peruntukan RM138 juta yang memanfaatkan lebih 600,000 rakyat.
“Setiap kali kami turun padang menyantuni rakyat, kami menerima pelbagai cadangan supaya lebih ramai Bangsa Johor dapat menikmati bantuan ini.
“Sehubungan itu, pada hari ini, sukacita saya umumkan 22 inisiatif BKJ Fasa 4,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Onn Hafiz menjawab soalan Nor Rashidah Ramli (BN-Parit Raja), Tan Chong (BN-Bekok), Anuar Abd Manap (BN-Pemanis), Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit Yaani), Mohd Yusla Ismail (BN-Senggarang), Haslinda Salleh (BN-Tenang), Datuk Mohd Fuad Tukirin (BN-Bukit Naning) dan Tan Eng Meng (BN-Pekan Nanas) berkaitan soal kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata inisiatif BKJ Fasa 4 merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, suri rumah, pasangan muda, peniaga kecil, Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim serta penggerak komuniti dan sukarelawan.
Antara inisiatif utama termasuk bantuan tunai RM200 kepada lebih 307,000 warga emas dan 136,000 suri rumah tidak bekerja serta RM400 kepada 45,000 pasangan yang baru berkahwin.
“Selain itu, bantuan RM300 turut disalurkan kepada hampir 30,000 penjaga dan peniaga kecil berdaftar bagi menyokong kelangsungan ekonomi mereka,” katanya.
Hasil Johor Cecah RM1 Bilion Setakat April - Onn Hafiz
DUN Johor, Onn Hafiz Ghazi, hasil, inisiatif, BKJ