combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Tingkatan 6, di IPG Kampus Temenggong Ibrahim hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peraturan lebih ketat dilaksanakan bagi mengawal dan memantau perbelanjaan mana-mana badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelakkan salah laku dan penyelewengan.
Beliau berkata ia merangkumi pengawasan ke atas dana NGO badan kemanusiaan serta badan kebajikan, khairat kematian, amanah atau yayasan yang mengutip derma daripada individu dan syarikat swasta.
Anwar juga mahu pendaftar syarikat dipertanggungjawabkan untuk melihat dan memastikan laporan dibuat oleh NGO dan diteliti secara lebih telus.
“Saya sedang meneliti taklimat mengenai perkara ini, jadi semua NGO itu juga harus mengikuti beberapa kaedah yang ketat, sebab penyelewengan itu nampak berleluasa.
“Pergi ke masjid, kutip derma, kemudian buat untuk Palestin tetapi tak sampai bantuannya. Jadi bagaimana pengawasannya? Jadi, saya akan bawa perkara ini, bincang supaya semua harus dipertanggungjawabkan untuk pastikan dana itu tidak disalahguna,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan seorang Bendahari Agung Kehormat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) institut berkenaan yang mahu tahu sekiranya jawatankuasa berkenaan boleh memohon sumbangan secara langsung daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Februari lepas, seorang setiausaha NGO yang memperjuangkan penduduk di Asia Barat khususnya Gaza, Palestin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM4.2 juta.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pengawasan ketat perlu dilakukan kerana terdapat kes sebelum ini yang menyaksikan terdapat NGO Islam yang mengumpul dana, namun menggunakannya bagi tujuan peribadi.
PM Anwar Mahu Badan Amal Dan NGO Dipantau, Elak Seleweng Dana
rasuah, perdana menteri, Anwar Ibrahim, pantau,