BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Asia Barat: Keselamatan Jemaah Haji Dipantau Rapi - Zulkifli

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
b46bea95a1496e36e7cc9867d84cf33069d9cf5a5af18

d6360a42280779727a0a04703f526e4469d9cf90ece6a

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berucap pada Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Lembaga Tabung Haji (TH) bagi Musim Haji 1447H/2026M ke Tanah Suci di Dewan Mentari 1, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA hari ini.

Keselamatan petugas dan jemaah haji Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan segera sekiranya timbul sebarang situasi kecemasan melibatkan jemaah.

Langkah kesiapsiagaan itu turut merangkumi pelaksanaan perancangan senario menyeluruh yang telah disusun lebih awal bagi menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang musim haji.

"TH sudah menubuhkan jawatankuasa khas, dan kita memantau dari semasa ke semasa … ," katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Haji, di sini hari ini.

Zulkifli berkata kerajaan yakin dengan keupayaan dan pengalaman jentera TH dalam mengurus operasi haji, sekali gus mampu memastikan kebajikan 31,600 jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara walaupun berdepan cabaran tidak dijangka.

"Apa pun, kita yakin bahawa dengan keseluruhan jentera yang kita ada, dan juga dengan kemampuan yang ada pada TH, insya-Allah kita akan dapat menyantuni dan mendepani setiap cabaran yang mungkin berlaku. Kita doakan semoga semuanya berjalan dengan baik," katanya.

Musim Haji 1447H/2026M akan melibatkan 31,600 jemaah Malaysia, dengan penerbangan pertama dijadualkan bermula pada 18 April, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei.

Hari wukuf, yang juga kemuncak ibadah haji, dijangka jatuh pada 26 Mei ini.

 
Back
Top
Log in Register