BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Tiba Di Kota Kinabalu Untuk Lawatan Kerja Ke Sabah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
cbecfbd906ba5b53930ec4d05752876e69fe07b1e2437


Usai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di Cebu, Filipina, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini bagi mengadakan lawatan kerja ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 11.12 malam.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Esok, Perdana Menteri dijadual menghadiri beberapa program di Kudat antaranya lawatan ke Pos Dogotan, Pulau Banggi dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.

Pada 10 Nov 1994, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pernah merasmikan majlis pecah tanah bangunan baharu bagi SMK Banggi.

Selain itu, Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis ramah mesra bersama dengan masyarakat setempat Pulau Banggi sebelum pulang ke ibu negara.

Pulau Banggi, yang terletak di utara Sabah, boleh dikunjungi dengan menaiki feri sejauh kira-kira 70 kilometer dari terminal Kudat dan merupakan pulau terbesar di Malaysia dengan keluasan 440 kilometer persegi.

 
Back
Top
Log in Register