combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekalan Ubat Negara Stabil, 14 Jenis Ubat Berisiko Tinggi Dipantau Rapi - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kebanyakan bekalan ubat di negara ini masih kekal mencukupi meskipun sebahagian kecil produk memerlukan pemantauan rapi di peringkat rantaian bekalan industri.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sehingga 8 Mei lepas, sebanyak 505 daripada 702 jenis ubat yang dipantau menerusi sistem pelaporan bulanan syarikat pemegang pendaftaran produk berada pada tahap risiko rendah kerana mempunyai bekalan melebihi 90 hari.
"KKM memantau 702 jenis ubat yang melibatkan 3,739 produk berdaftar menerusi pelaporan bulanan oleh syarikat pemegang pendaftaran.
"Daripada jumlah itu, 505 jenis ubat atau 72 peratus mempunyai stok melebihi 90 hari dan dikategorikan pada tahap risiko rendah," katanya kepada Bernama menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein dilaporkan berkata lebih 70 peratus bekalan ubat dalam sistem kesihatan awam berada pada paras melebihi tiga bulan dan pihak berkuasa memantau rapat sebilangan kecil item yang mempunyai inventori lebih rendah.
Pada masa sama, katanya, sebanyak 79 jenis ubat atau 11.3 peratus mempunyai stok antara 60 hingga 90 hari dan dikategorikan sebagai berisiko sederhana, manakala 118 jenis ubat lagi atau 16.8 peratus mempunyai stok kurang daripada 60 hari serta diletakkan dalam kategori berisiko tinggi.
Beliau berkata kumpulan ubat yang berada dalam kategori risiko sederhana dan tinggi itu melibatkan pelbagai bidang terapeutik termasuk antibiotik, ubat kanser, vaksin, antidot, ubat psikiatri dan ubat kardiovaskular yang sedang dipantau rapi di peringkat rantaian bekalan industri.
Bagaimanapun, Dzulkefly berkata hanya 14 daripada 118 jenis ubat berisiko tinggi itu dikenal pasti sebagai kritikal kerana melibatkan pemegang pendaftaran tunggal atau memerlukan tempoh penghantaran semula melebihi sebulan.
Loading…
www.bernama.com