BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Tubuh Pasukan Petugas Khas Tangani Krisis Bekalan Ubat - Dzulkefly

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
869b953de1188c842427c8276446646969f8aef15e9af

d33ba9a410ba750080ee8a16bcab779169f8af0500c8a

Kredit: FB Dr Dzulkefly Ahmad

Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh kesiapsiagaan negara berhadapan ketidaktentuan rantaian bekalan global dengan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Keselamatan Ubat dan Peranti Perubatan sebagai pusat kawalan utama.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu diambil susulan cabaran dinamik global melibatkan krisis bekalan bahan mentah, krisis tenaga dan lonjakan kos logistik yang kian meruncing di seluruh dunia susulan ketegangan di Asia Barat.

Beliau berkata pasukan itu kini melaksanakan pemantauan data secara masa nyata selain mempelbagaikan sumber pemerolehan ubat dari pasaran antarabangsa bagi memastikan bekalan negara kekal stabil.

“Pada masa sama, kita sentiasa memastikan penimbal stok barisan hadapan bagi ubat yang dikategorikan sebagai kritikal sentiasa kukuh dan mampu bertahan lebih daripada 60 hari demi melindungi pesakit,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata perkara itu antara dibincangkan dalam Sesi Taklimat kepada Friends of Ministry (FoM) yang dipengerusikan beliau pagi tadi bagi menyelaras tindakan bersama-sama Ahli Parlimen dalam menjuarai isu kesihatan pada peringkat akar umbi.

Dalam pertemuan itu, beliau menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi Kerajaan MADANI untuk memastikan rantaian bekalan ubat dan peranti perubatan negara kekal terjamin.

Bagi menguruskan krisis kelangsungan bekalan ubat secara proaktif, beliau berkata KKM telah mengaktifkan mekanisme amaran awal, iaitu pembekal wajib melaporkan sebarang potensi kekurangan bekalan sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal menjelang Julai 2026.

“Bagi bekalan peranti perubatan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memeterai perjanjian strategik dengan pihak berkuasa di China untuk menstabilkan bekalan bahan mentah pembuatan yang kritikal seperti resin dan naphtha, justeru membolehkan pengilang tempatan beroperasi tanpa gangguan.

“Special Access Pathway turut disediakan bagi mempercepat kemasukan kelengkapan perubatan yang mendesak bagi memastikan kelancaran operasi di dewan bedah dan hospital,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register