BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan Ubat Stabil Hasil Simpanan Stok KKM, Industri - Dzulkefly

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80
0b3c1d67482e162ef6797cf65d7333ee69d8836f2f249

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan pada pelancaran Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026 dan Malaysian Pediatric Aural Habilitation Module (MyPAHM) hari ini.

Bekalan ubat di negara ini kekal stabil dan mencukupi sekurang-kurangnya sehingga penghujung Jun ini hasil kombinasi simpanan stok kerajaan dan bekalan industri.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan mengambil langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan, termasuk melaksanakan langkah mitigasi jangka sederhana dan panjang.

"Bagi tempoh terdekat ini, sehingga penghujung Jun, kita masih mempunyai stok yang stabil dan mencukupi. Kita bukan hanya ada stockpile (simpanan stok) kerajaan, tetapi industri juga mempunyai bekalan mereka.

"Keseluruhannya, bekalan ubat seperti insulin dan vaksin yang merupakan keperluan penting mesti dikongsi. Insya-Allah tidak akan ada yang ketandusan ataupun kekurangan," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Pendengaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

Dzulkefly bagaimanapun mengakui kos ubat dan peranti perubatan telah meningkat susulan faktor logistik, pengangkutan serta kenaikan harga minyak global.

“Memang terdapat peningkatan kos kira-kira 30 hingga 40 peratus bagi ubat-ubatan, manakala peranti perubatan ada yang meningkat antara 50 hingga 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata gangguan rantaian bekalan turut menyumbang kepada tekanan harga, termasuk penangguhan penghantaran peranti perubatan sejak sebelum Mac lepas.

Oleh itu, KKM sedang berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menentukan mekanisme terbaik menangani kenaikan kos.

“Antara yang dibincangkan termasuk mekanisme cost pass-through dan kadar yang sesuai, sama ada sepenuhnya atau sebahagian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register