BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis Bekalan Tenaga: Harga Ubat Stabil Tahun Ini - Dzulkefly

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Krisis Bekalan Tenaga: Harga Ubat Stabil Tahun Ini - Dzulkefly​

31c46a5a1a00773138ba911f5fb1233d6a059606b9b6f

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Harga ubat-ubatan kekal stabil untuk tahun ini susulan keputusan syarikat pengeluar menyerap kos pengeluaran termasuk kos logistik berikutan kenaikan kos bahan api.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keputusan itu membolehkan harga ubat kekal pada julat harga stabil dengan kenaikan pada satu sehingga dua peratus jika ada.

“Di samping mengekalkan bekalan, kita juga mahu memastikan harga terkawal. Terima kasih kepada pihak farmaseutikal dan Pertubuhan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) yang menghasilkan ubat generik kerana setakat ini mereka telah menyerap peningkatan kos logistik akibat kenaikan harga bahan api.

“Harga ubat-ubatan kekal stabil dan jika ada kenaikan pun, ia sekitar satu ke dua peratus sahaja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Hospital Seri Iskandar hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib.

Dzulkefly berkata kerajaan juga telah mengadakan memorandum persefahaman dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan bahan mentah seperti produk petrokimia, resin, polimer dan lain-lain untuk kegunaan peranti perubatan serta Active Pharmaceutical Ingredient (API) bagi mempelbagaikan sumber bekalan tersebut.

Sementara itu, berhubung empat kes disyaki leptospirosis atau kencing tikus di Taman Eko Rimba Ulu Bendul di Negeri Sembilan, Dzulkefly berkata seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital pada 7 Mei telah dibenarkan keluar pada 11 Mei.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan semalam mengesahkan kes itu dengan tiga individu menerima rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang dimasukkan ke hospital.

 
Back
Top
Log in Register