BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM, JKDM Cadang Tubuh Pasukan Petugas Khas Pantau Pelabuhan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM, JKDM Cadang Tubuh Pasukan Petugas Khas Pantau Pelabuhan​

6f283052a70b13598a9dfc0b8fbd224f6a577d6fa66a6

4352bec0a0ee509f59b96a555cc40e446a577d7f30475

Kredit: SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau aktiviti penguatkuasaan serta kutipan cukai di pelabuhan strategik negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata cadangan itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah JKDM Datuk Amran Ahmad di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua agensi turut bertukar pandangan mengenai cabaran dalam pelaksanaan tugas, khususnya berkaitan urusan pemeriksaan kastam, selain membincangkan kerenah birokrasi dan pelbagai isu domestik yang dihadapi JKDM.

“Pertemuan strategik selama satu jam itu turut menjadi platform perkongsian dua hala mengenai peranan dan fungsi JKDM, selain membincangkan mekanisme bagi membanteras ketirisan dalam pengurusan kontena yang berada di bawah bidang kuasa jabatan itu di pelabuhan seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Amran berkata JKDM turut berkongsi maklumat mengenai taktik sindiket yang mengelak pembayaran cukai, termasuk kegiatan penyeludupan serta pemalsuan maklumat atau dokumen bagi mendapatkan kelulusan di bawah kategori yang berbeza.

Beliau berkata JKDM juga mengesan modus operandi pengisytiharan palsu wang tunai apabila jumlah yang dibawa masuk ke negara ini diisytiharkan jauh lebih rendah berbanding jumlah sebenar.

“JKDM turut mengalu-alukan penglibatan SPRM dalam memperkukuh budaya integriti menerusi penganjuran ceramah antirasuah kepada warga jabatan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Hafaz Nazar dan Ketua Cawangan Integriti JKDM Azian Umar.

 
Back
Top
Log in Register