BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara Rugi RM212,000 Akibat Penipuan Perniagaan Tidak Wujud

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
bf988c9268d4a8b7ecd966a4df0103c967b73f1965b1c


Seorang pesara berusia 60 tahun kerugian RM212,000 selepas menjadi mangsa penipuan perniagaan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata lelaki tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada semalam.

Beliau berkata kejadian berlaku apabila mangsa telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp pada 19 Dis lepas, yang menawarkan barangan elektrik, komputer, pakaian dan lain-lain dengan harga murah untuk dijual semula di aplikasi disediakan suspek.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi wang ke dalam satu akaun milik suspek sebelum menyedari dirinya ditipu apabila nombor telefon suspek disekat dan gagal dihubungi.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Yusuf menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran yang mengelirukan, terutamanya secara dalam talian.

Sekiranya menjadi mangsa penipuan, beliau berkata orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 segera sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran wang keluar daripada akaun suspek.

 
Back
Top
Log in Register