kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pesara Rugi Hampir RM100,000 Diperdaya Sindiket Pelaburan Tidak Wujud
SCAM
Seorang pesara kerugian sebanyak RM97,933 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 14 Mei lepas, mangsa lelaki berusia 59 tahun itu telah melihat iklan pelaburan melalui aplikasi TikTok yang menawarkan pulangan lumayan dalam masa singkat.
Beliau berkata mangsa yang berminat telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi Telegram dan bersetuju membuat pelaburan awal menggunakan wang pencen.
"Suspek memaklumkan bahawa mangsa telah berjaya mendapat sejumlah keuntungan daripada pelaburan terbabit. Bagaimanapun, dia perlu membuat pembayaran untuk mengeluarkan keuntungan berkenaan.
"Mangsa yang terdesak telah membuat beberapa kali bayaran dari tempoh 20 Mei hingga 2 Jun, namun masih gagal mendapat sebarang keuntungan yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 8.24 malam tadi, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.