BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurujual Pasar Raya Rugi Hampir RM300,000 Diperdaya Sindiket Pelaburan Tidak Wujud

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Jurujual Pasar Raya Rugi Hampir RM300,000 Diperdaya Sindiket Pelaburan Tidak Wujud​

c1c160ab55a4fd7298d35ea5770a20d46936b4ef46c66

SCAM

Seorang jurujual pakaian wanita kerugian RM290,910 selepas diperdaya sindiket tawaran pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berusia 61 tahun itu telah tertarik dengan pakej pelaburan menawarkan modal rendah dengan pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam, menerusi iklan di laman Facebook, pada Mei lepas.

"Mangsa yang gelap mata telah membuat sejumlah bayaran modal dan dimaklumkan pelaburan  berkenaan telah berjaya menjana keuntungan. Bagaimanapun untuk mendapatkan keuntungan tersebut, mangsa perlu membuat bayaran tambahan untuk menampung kos pengurusan.

"Namun setelah bayaran dibuat, mangsa masih gagal mendapat keuntungan dijanjikan. Malah mangsa turut ditipu suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis, kononnya boleh membantu mendapatkan kembali wang pelaburan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang terdesak untuk mendapatkan kembali wang pelaburan dan keuntungan tanpa berfikir panjang telah membuat sejumlah bayaran lagi kepada suspek yang mendakwa mahir dalam menguruskan kes penipuan dalam talian.

Secara keseluruhan, mangsa telah membuat 16 kali pembayaran ke 16 akaun bank berbeza dari tempoh 14 Jun hingga 31 Julai lepas, menggunakan wang simpanan serta hasil gadaian barang kemas.

"Mangsa yang menyedari ditipu akhirnya membuat laporan polis pada 12.59 tengah hari semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register