BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Rugi RM281,700 Diperdaya Pelaburan Tidak Wujud

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
d1b8a6740752769d73859ff720a6c7fb67bc5750d6d27

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah

Seorang wanita kerugian RM281,700 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa berusia 40 tahun yang juga seorang peniaga tempatan membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam.

Beliau berkata mangsa diperkenalkan kepada pelaburan saham itu melalui seorang individu yang baru dikenali menerusi aplikasi WhatsApp, sebelum berurusan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai ‘Encik Mike’.

“Mangsa tertarik dengan pelaburan itu dan telah membuat lapan transaksi ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM281,700 seperti diarahkan suspek,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohd Farhan berkata mangsa menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan ketika mahu menuntut keuntungan daripada pelaburan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register