BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri Rumah Rugi Lebih RM100,000 Ditipu Pelaburan Tidak Wujud Di Facebook

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Suri Rumah Rugi Lebih RM100,000 Ditipu Pelaburan Tidak Wujud Di Facebook​

49d6fbcddf14069b9561e757fb185d7561264a51be936


Seorang suri rumah  kerugian RM119,599 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi skim yang diiklankan di Facebook, 19 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata modus operandi sindiket skim berkenaan adalah dengan menawarkan mangsa pakej pelaburan serendah RM300 dan dijanjikan pulangan sebanyak RM15,000 dalam tempoh dua jam.

"Mangsa berusia 58 itu kemudiannya telah melakukan lapan transaksi ke akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan mencecah RM119,599 bermula 19 hingga Khamis lepas bagi mendapatkan pulangan keuntungan pelaburan yang kemudian telah disekat," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Yusof berkata mangsa menyedari telah ditipu apabila tidak menerima pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan selepas membuat beberapa pembayaran.

Beliau berkata mangsa telah membuat laporan pada Jumaat lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register