BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri Rumah Rugi RM38,505 Ditipu Sindiket Tawaran Kerja Tidak Wujud

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80

Suri Rumah Rugi RM38,505 Ditipu Sindiket Tawaran Kerja Tidak Wujud​

4a9cfa2955ab9c921469057a08a64dca6a145d71452b7

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor

Polis mengesahkan seorang suri rumah kerugian RM38,505 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam talian pada 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 36 tahun dihubungi melalui panggilan telefon oleh suspek yang menyamar sebagai wakil TikTok.

Beliau berkata suspek meminta mangsa membuat pengesahan alamat bagi tujuan pengeposan barang untuk ulasan di dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Mangsa menerima barangan itu dan diberi komisen RM3 selepas membuat ulasan seperti yang diarahkan. Suspek kemudiannya menawarkan tugasan baharu kepada mangsa dengan kadar komisen lumayan.

“Mangsa yang ingin memperoleh pendapatan sampingan telah menyelesaikan beberapa tugasan, iaitu membuat ulasan barangan di media sosial. Suspek bagaimanapun meminta mangsa membuat sejumlah bayaran kononnya sebagai kos pengurusan pengeluaran keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang terperdaya membuat lima transaksi bayaran berjumlah RM38,505 dari 15 hingga 18 Ogos menggunakan wang simpanan, namun masih gagal mendapatkan komisen seperti yang dijanjikan.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada 4.39 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register