BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara Bank Rugi RM1.69 Juta Akibat Penipuan Pelaburan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
c1c160ab55a4fd7298d35ea5770a20d46936b4ef46c66

SCAM

Seorang pesara bank kerugian RM1.69 juta selepas terperdaya dengan pelaburan dalam talian yang diiklankan di Facebook, November tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita berusia 66 tahun itu berhubung dengan seorang lelaki menerusi aplikasi WhatsApp selepas melihat iklan pelaburan tersebut dan diminta menyertai kumpulan berkaitan pelaburan itu.

“Mangsa diberikan penerangan mengenai pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan tinggi, iaitu 10 peratus dalam tempoh sehari daripada jumlah modal dilaburkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizee berkata mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu diminta mendaftar akaun keahlian dan membuat 23 transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank syarikat berbeza dari 17 Nov hingga 6 Dis 2025.

Wanita itu menyedari telah ditipu selepas tidak menerima keuntungan yang dijanjikan dan diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan.

Justeru mangsa membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register