BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara Rugi RM472,000 Akibat Penipuan Telefon

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Pesara Rugi RM472,000 Akibat Penipuan Telefon​

c1c160ab55a4fd7298d35ea5770a20d46936b4ef46c66

SCAM

Seorang pesara kerugian RM472,000 akibat terperdaya sindiket penipuan telefon, Mac lepas.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata lelaki berusia 71 tahun itu menerima panggilan pada 30 Mac daripada individu menyamar pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta anggota polis.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah sebelum mengarahkan lelaki itu mengeluarkan semua wang simpanan untuk siasatan.

“Mangsa membuat transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank melalui mesin deposit tunai di KotaSAS di sini dari 7 April hingga 8 Mei menggunakan wang Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan dan pencen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azry Akmar berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam selepas sedar ditipu apabila suspek meminta wang tambahan atas alasan dijadikan jaminan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register