BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Di Miri Rugi RM367,300 Akibat Pelaburan Tidak Wujud

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Warga Emas Di Miri Rugi RM367,300 Akibat Pelaburan Tidak Wujud​

0b53cd48c644017ce6bb6f290e4b1fac5e3a3ea6acddf


Seorang lelaki warga emas di Miri mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat satu iklan pelaburan di media sosial sebelum menekan pautan disediakan dan berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan.

“Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 48 transaksi ke tiga akaun bank dari 9 Jun hingga 20 Julai lepas, membabitkan jumlah keseluruhan RM367,300,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan apabila warga emas itu ingin menuntut keuntungan daripada pelaburan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register