BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Rasmi Sambutan Hari Guru, 12 Inisiatif Ceriakan Golongan Pendidik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Perdana Menteri Rasmi Sambutan Hari Guru, 12 Inisiatif Ceriakan Golongan Pendidik​

e12fd2033cc44dfb1c89b1c6735418506a0826d20ea91

9082bfb51e828fa7215361e4b09171b06a0826727d82a

cc790efeac9f4b6a5642b5dd25a5c0016a081848b559d

127ee368e98fbbf94c3ddfb892cc7bd96a07eaee0b23f

4fa4bdfe28d9854dd4adbff9efcc2b6c6a0812d0e5d75

ea4cae5e01ac548748052d7a11c039f96a07f5010f555

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama warga pendidik ketika hadir pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini hari ini.

Sambutan bertemakan 'Guru Bitara Nadi Negara' itu merupakan manifestasi penghargaan kepada peranan guru yang melangkaui tugas penyampai ilmu dan mereka kini diiktiraf sebagai pembina masa depan negara.

Konsep utama pada tahun ini adalah bermatlamat untuk menjulang profesionalisme guru membentuk insan sejahtera yang berteraskan rukun MADANI, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Turut hadir pada sambutan berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad serta kira-kira 3,000 warga pendidik dari seluruh negara.

Fadhlina dalam ucapannya mengumumkan 12 inisiatif menggembirakan bagi memperkasakan dan memperkukuh tugas guru antaranya kursus pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap Satu dan Tahap Dua diteruskan secara percuma kepada semua guru.

Selain itu, Fadhlina turut mengumumkan Biasiswa Perguruan Persekutuan diperluaskan kepada pemimpin sekolah untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana selain Hadiah Latihan Persekutuan khas kepada guru yang sanggup berkorban mengajar di sekolah rintangan di bawah ProHas (Program Hadir Ke Sekolah) di kawasan P1, P2, dan P3.

Inisiatif lain yang diumumkan Fadhlina adalah peruntukan sebanyak RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada setiap sekolah bagi terus memperkukuh kokurikulum persekolahan tahun depan, seterusnya dapat mengaplikasikan teknologi tanpa gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Turut diumum Sistem Perekodan Kokurikulum secara manual dimansuhkan dengan pihak sekolah diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan kokurikulum mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing, sebelum mencatatkan maklumat kokurikulum murid dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Sementara itu, Perdana Menteri yang sesekali membahasakan dirinya ‘Cikgu Anwar’ dalam ucapan perasmiannya menekankan konsep "kecemerlangan tanpa roh" (Excellence Without a Soul) dengan menegaskan bahawa kepintaran akademik semata-mata tidak memadai jika ia terpisah daripada nilai kemanusiaan, akhlak dan keprihatinan sosial.

 
Back
Top
Log in Register