BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Hari Guru: KPM Umum 12 Inisiatif Khusus Untuk Perkasa Guru

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Sambutan Hari Guru: KPM Umum 12 Inisiatif Khusus Untuk Perkasa Guru​

127ee368e98fbbf94c3ddfb892cc7bd96a07eaee0b23f

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.


Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 12 inisiatif bagi memperkasakan dan memperkukuh tugas guru bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagi menyokong pembangunan profesional para pendidik dalam literasi digital, kursus pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap Satu dan Tahap Dua  diteruskan secara percuma kepada semua guru.

Beliau berkata ikhtiar itu membawa manfaat kepada semua guru yang melibatkan kos bagi setiap seorang guru sebanyak RM40 bagi GCE Tahap Satu dan RM100 bagi GCE Tahap Dua

"Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan khas, iaitu disediakan kepada guru-guru yang telah sanggup berkorban untuk mengajar di sekolah rintangan di bawah ProHas (Program Hadir Ke Sekolah) seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung, sekolah pedalaman di kawasan P1, P2, dan P3.

"Mereka akan terpilih untuk program Sarjana dan juga PhD (doktor falsafah) bagi memastikan bahawa apa yang kita hasratkan, khususnya bagi memastikan mereka dapat terus berkhidmat dan pastinya pengajian mereka ini akan membantu untuk meningkatkan akses pendidikan dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan berkenaan yang bertemakan Guru Bitara Nadi Negara, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register