BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Guru: Menteri Kabinet Sanjung Peranan Pendidik Bentuk Generasi Berdaya Saing

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Hari Guru: Menteri Kabinet Sanjung Peranan Pendidik Bentuk Generasi Berdaya Saing​

7d66707965b898d3d64cf1dabdb3037864e9ef169bce7


Barisan Menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, sambil menyifatkan golongan itu sebagai tunjang utama dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan zaman.

Menerusi hantaran di laman Facebook bersempena dengan sambutan Hari Guru 2026 bertemakan “Guru Bitara, Nadi Negara”, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata peranan guru kini bukan sahaja terhad kepada bilik darjah, malah turut berkembang seiring dunia digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Dari sebatang kapur di papan hitam suatu ketika dahulu, kini para guru terus melangkah seiring perkembangan dunia digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI), demi memastikan anak-anak bangsa tidak tertinggal dalam arus perubahan zaman.

"Guru Bitara Nadi Negara bukan sekadar tema, tetapi satu penghormatan buat insan yang menjadi cahaya ilmu dan harapan masa depan negara," katanya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup pula berkata tema sambutan tahun ini mencerminkan besarnya peranan guru sebagai penggerak utama dalam membentuk sahsiah dan kemajuan negara.

Beliau berkata guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah arkitek sosial yang membina masa depan Malaysia yang lebih lestari dan berdaya saing.

"Melalui didikan mereka, generasi muda kini lebih cakna terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dan menghargai khazanah sumber asli negara. Kesedaran hijau yang diterapkan di bilik darjah hari ini adalah jaminan kepada kelestarian alam untuk generasi akan datang," katanya.

Arthur turut menzahirkan penghargaan kepada guru yang bertugas di kawasan pedalaman termasuk di pelosok Sabah dan Sarawak, yang disifatkannya melakukan pengorbanan besar bagi memastikan anak-anak bangsa tidak keciciran.

"Pengorbanan anda merentas denai, menyeberang sungai, dan menetap jauh daripada kemudahan kota demi memastikan anak bangsa tidak keciciran adalah satu jihad pendidikan yang amat mulia," katanya.

 
Back
Top
Log in Register