BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Australia Diberi Sambutan Rasmi Di Kompleks Perdana Putra

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
1d66a89ee8b11db7cce6701c0fbe9e7269e04e540e176


Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Ketibaan Albanese pada 9.56 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan maljis sambutan dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan Malaysia dan Australia.

Albanese kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat), yang diketuai Mejar Muhammad Firdaus Mat Hayin.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, diplomat asing serta pegawai kanan kerajaan.

Selepas upacara itu, Albanese menandatangani buku pelawat sebelum meneruskan ke pertemuan empat mata dengan Anwar, diikuti dengan mesyuarat dua hala melibatkan menteri kanan dan pegawai dari kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan konflik di Asia Barat serta kerjasama dalam memastikan keselamatan tenaga dan rantaian bekalan.

Perbincangan tersebut dijangka tertumpu kepada memastikan kelangsungan bekalan barangan keperluan asas, termasuk bahan api, dalam menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik global yang kian berubah.

Selepas mesyuarat, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) merangkumi bidang berkepentingan bersama serta mengadakan sidang media bersama bagi mengumumkan hasil perbincangan dan menegaskan komitmen mereka untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Australia.

 
Back
Top
Log in Register