BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mcdonald's Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-10 Inisiatif Hari Guru, Penghargaan Kepada Pendidik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Mcdonald's Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-10 Inisiatif Hari Guru, Penghargaan Kepada Pendidik​

4eef97702bf8a065e474eec72430ca126a01e3b86039f

c7dadeac57788a8630bcb9475502e3586a01e3d00aafd

72397b1ddffda34e07c910999fdd6aa16a01e3e0b9414

9e2495c7044c5b56d5810d17881336276a01e3f3c9173

Kredit: FB McDonald's

Inisiatif Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia yang kini memasuki tahun ke-10 akan diteruskan dalam usaha syarikat itu menghargai warga pendidik atas jasa mereka membentuk generasi masa depan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

Bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei, syarikat tersebut akan menggerakkan lebih 300 restorannya di seluruh negara sepanjang bulan ini untuk berkerjasama dengan sekolah berhampiran dan meraikan para guru menerusi pelbagai aktiviti penghargaan berasaskan komuniti.

Kempen itu dijangka memberi manfaat kepada ratusan sekolah dan ribuan guru di seluruh negara, sekali gus memperkukuh peranan McDonald’s Malaysia sebagai rakan komuniti yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, malah aktif menyokong komuniti setempat di kawasan operasinya.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata guru memainkan peranan penting dalam membentuk individu dan memperkukuh masyarakat, dengan impaknya melangkaui bilik darjah.

“Selama 10 tahun yang penuh bermakna ini, inisiatif Hari Guru telah berkembang menjadi usaha berskala nasional yang membolehkan kami mendekati sekolah secara langsung serta menyampaikan penghargaan kepada individu yang paling bermakna.

“Kami percaya adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan insan penting ini benar-benar dihargai dan diraikan,” katanya dalam kenyataan sama hari ini.

Kempen berkenaan telah bermula awal bulan ini melibatkan aktiviti setempat di Pulau Pinang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Inisiatif itu akan mencapai kemuncaknya menerusi sambutan utama di McDonald's Titiwangsa Drive-Thru yang melibatkan warga pendidik dari sekolah berhampiran sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen mereka.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif berkenaan, McDonald’s Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan tunai bagi membantu kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan kemudahan bilik guru.

 
Back
Top
Log in Register