combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Allianz Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-25 Bersama Lebih 1,000 Peserta Di Zoo Negara
Kredit ALLIANZ MALAYSIA BERHAD
Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) meraikan ulang tahun ke-25 dengan menganjurkan Allianz Charity Day di Zoo Negara Malaysia yang menghimpunkan lebih daripada 1,000 peserta termasuk kanak-kanak daripada golongan kurang berkemampuan, kakitangan serta sukarelawan agensi.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan acara tersebut memberi peluang kepada kanak-kanak berusia antara 3 hingga 19 tahun daripada 17 rumah kebajikan di seluruh Lembah Klang untuk menikmati pengalaman mengunjungi satu daripada destinasi ikonik negara.
Menurut kenyataan itu, kakitangan Allianz Malaysia dan Allianz Life Insurance Malaysia Bhd (Allianz Life) menaja serta menyelaraskan pengangkutan untuk kanak-kanak tersebut, sambil turut mengambil bahagian dalam inisiatif “Groom” yang bertujuan menyokong usaha penambahbaikan di pusat pengayaan Zoo Negara Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan bangku batu dan kawasan persekitaran bagi menyokong pembangunan masa hadapan, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk hidupan liar serta para pengunjung.
Ketua pegawai jualan Allianz Life Raymond Cheah berkata program itu mencerminkan komitmen syarikat berkenaan dalam memperkukuh daya tahan komuniti serta memupuk tanggungjawab terhadap alam sekitar.
"Dengan menghimpunkan kakitangan, rakan agensi, pelanggan dan kanak-kanak kurang bernasib baik, kami berharap dapat menyemarakkan budaya menyumbang kembali kepada masyarakat di samping menyemai nilai-nilai kebaikan, kemurahan hati dan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan generasi masa depan,” kata Cheah.
Turut hadir ketua pegawai pemasaran dan komunikasi Allianz Malaysia Amy Loke serta ketua pegawai runcit Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd Linda Lor.
Menurut kenyataan itu, Allianz Malaysia turut mempelawa penyertaan pelanggan dan keluarga mereka dalam program tersebut menerusi pemberian tiket percuma sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 syarikat berkenaan.
"Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat yang berterusan untuk memperkasakan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, memperkukuh komuniti dan mewujudkan impak positif melangkaui insurans.
Loading…
www.bernama.com