combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Amway Rai Ulang Tahun Ke-50 Dengan Tumpuan Terhadap Penuaan Sihat, Keusahawanan Beretika
Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Jason Leng (empat, kanan) dan Setiausaha Bahagian bagi Bahagian Pembangunan Perniagaan, Syarikat dan Jualan Langsung (BPPSJL) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Rohaizi Ibrahim (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran AM50 Expo di Ibu Pejabat Amway hari ini.
Amway Malaysia memperkukuh tumpuannya terhadap penuaan sihat, penyelesaian kesejahteraan berasaskan sains dan keusahawanan beretika sempena sambutan ulang tahun ke-50 di Malaysia, sekali gus mengesahkan komitmen untuk membantu rakyat Malaysia membina kesihatan lebih baik serta daya tahan kewangan jangka panjang.
Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei Jason Leng berkata sumbangan terbesar syarikat sepanjang lima dekad lepas ialah memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan kewangan mereka.
“Kami sangat berbangga kerana sepanjang 50 tahun ini, kami telah membantu rakyat Malaysia memperkukuh daya tahan kesihatan dan kewangan mereka serta menyokong masyarakat dalam membuat pilihan kesihatan yang lebih bermaklumat selain menyediakan peluang perniagaan beretika yang membolehkan mereka membina perniagaan yang mampan dan warisan untuk generasi akan datang,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan Ekspo AM50 di sini hari ini.
Pelancaran itu dirasmikan Setiausaha Bahagian (Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Rohaizi Bahari yang mencerminkan kerjasama berterusan antara kerajaan dan industri dalam inisiatif menyokong kesejahteraan komuniti serta keusahawanan.
Leng berkata Amway sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah dengan memperluas penawaran melampaui produk penjagaan rumah pada peringkat awal kepada pemakanan, kecantikan, penjagaan diri dan kesejahteraan holistik.
“Kami terus mempertingkatkan produk dan model perniagaan kami bagi memastikan kami kekal relevan selain untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan gaya hidup lebih sihat,” katanya.
Leng berkata golongan muda Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan harus memberi tumpuan kepada pembinaan perusahaan yang mampan berbanding mengejar keuntungan jangka pendek.
Beliau berkata pemikiran jangka panjang menjadi teras kepada strategi pertumbuhan syarikat, terutamanya penekanan terhadap inovasi dan penyelidikan berterusan yang dicerminkan melalui pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk Nutrilite AmCELL yang dibangunkan selepas penyelidikan selama enam tahun.
Selain itu, Leng menyentuh inisiatif baharu dilancarkan Mission 50K yang bertujuan menggalakkan 50,000 rakyat Malaysia memulakan perjalanan kesejahteraan mereka melalui pilihan gaya hidup lebih sihat.