BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Kedah Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Keputeraan Ke-84

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Sultan Kedah Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Keputeraan Ke-84​

8533cc3ff459dbacc84f9744b0d610e86a49bab17eed5

c130d5d1722d03acaf968fb0a09108146a49ba8bd7d93


Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-84 di Dataran Medan Bandar, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Istiadat itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Seri Norizan Khazali serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sebanyak 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terbabit dalam perbarisan itu, yang diketuai oleh Mejar Muhammad Nasrullah Abdullah.

Pegawai Pembawa Panji-panji pula ialah Leftenan Mohamad Aiman Hanif Samsudin, manakala Sarjan Mejar Rejimen Kawalan ialah Pegawai Waran 1 Mohd Fairuz Ramli.

Kawalan Kehormatan Utama diiringi Pancaragam Pusat RAMD di bawah pimpinan Kapten Muhamad Fauzee Japar dan dibantu Sarjan Mohd Shahrilaizad Bakhtiar.

Pada tahun ini juga diadakan acara lintas hormat oleh dua pesawat EC 120B dari Institut Penerbangan (INSPEN) 2 dan tiga pesawat PC-7 MK2 dari INSPEN 1.

Kawalan kehormatan turut diiringi 21 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) pimpinan Mejar Hafizan Md Ghani dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) Kem Sungai Buloh, Selangor.

 
Back
Top
Log in Register